Alhamdulilah.....Siapa Kata Saya Keluar UMNO - Ketegasan Ku Li Terbaik


KOTA BHARU, 11 Apr - “Jangan tanya kesetiaan saya pada parti. Saya telah lebih 50 tahun dalam UMNO. Laporan itu tidak betul dan tanyalah pada orang yang buat laporan itu.” kata Tengku Razaleigh yang lebih mesra dikenali sebagai Ku Li. Ahli Parlimen Gua Musang itu menafikan laporan bahawa beliau akan bertanding sebagai calon Bebas jika tidak dicalonkan oleh Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum nanti. Beliau yang juga ahli Parlimen paling lama berkhidmat iaitu selama 43 tahun turut menggesa semua pihak menghormatinya yang terus bersama UMNO walaupun didesak banyak pihak agar keluar daripada parti itu. Ku Li turut berkata peluang BN untuk menang di Gua Musang sangat cerah selepas mengadakan Majlis Penerangan dan Pelancaran Majlis Angkatan Amanah Merdeka (Amanah) peringkat Kelantan di sini, malam tadi.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana