ALAHAI....Berebut minyak masak ‘percuma’Tak Baik Tu Kira Mencuri Tu

Kira-kira 5,000 penduduk kampung dan kawasan perumahan berhampiran Jalan Langgar di sini tidak melepaskan peluang mendapatkan minyak masak ‘percuma’ daripada tangki sebuah lori yang bocor selepas terlibat dalam kemalangan semalam.Orang ramai dilihat mula membanjiri kawasan tersebut dari pukul 12 tengah hari sehingga pukul 8 malam dan ada yang masih menadah minyak masak tersebut ketika hujan pada sebelah petang.Lori tangki dari Butterworth, Pulau Pinang yang membawa sebanyak 18 tan minyak masak dianggarkan bernilai kira-kira RM45,000 itu tersadai di bahu jalan selepas dirempuh sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Kia Sportage dari arah belakang kira-kira pukul 11.55 pagi.
Ketika kejadian, lori tersebut dalam perjalanan menghantar bekalan minyak tersebut ke sebuah kilang untuk proses pembungkusan di Kampung Bukit, Naka di sini.Pemandu lori, Azizan Hashim, 47, memberitahu, akibat kemalangan itu, bahagian bawah tangki bocor menyebabkan muatan minyak masak tumpah ke jalan raya dan longkang bersebelahan.

Comments

umat ikhlas said…
tu kira curi..tak baik ambil orang punya..minyak masak buat goreng sayur..pas tu makan satu keluarga..kira jadi darah daging le..ape hukum erkk..
KEKURA said…
Alhamdulillah...rasanya eloklah amik minyak tu dari terbuang begitu sahaja diatas jalan raya. Kalau aku owner minyak tu aku halalkan jer.
Unknown said…
Kekura ... alasan "elok ambik minyak tu dari terbuang begitu sahaja" tidak boleh boleh dipakai dalam menentukan halal haram sesuatu benda ....contoh jika terdapat lembu kita mati dilanggar lori dan tak sempat disembelih ...adakah kita akan makan daging lembu tersebut untuk mengelak pembaziran ... Perkara jelas haram tidak boleh dihalalkan walaupun pada kita ianya membazir kecuali dalam keadaan tertentu seperti darurat yang boleh membawa kepada kematian... bukannya seperti kes ini? Apa akan berlaku jika tuan punya minyak ini tidak halalkan ...fikir fikirkan lah
Unknown said…
apa lah masyarakat kita macam ni...macam kebulur sangat ker.

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana