"Aktivis Occupy" Dataran Merdeka dihadapkan ke mahkamah

Seorang siswa kolej tidak mengaku bersalah hari ini atas dakwaan menghalang tugas pegawai Dewan Bandaraya Kuala Lumpur yang cuba menahan seorang aktivis Occupy Dataran di Dataran Merdeka dalam satu kejadian semalam.Umar Mohd Azmi yang genap usia 23 tahun hari ini, didakwa mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan atas dakwaan menghalang tugas pegawai tersebut, Mohd Masran Mamat daripada menahan aktivis Mohd Fahmi Reza Mohd Zarin.Beliau didakwa bertindak demikian ketika operasi yang dijalankan DBKL ke atas peserta perkhemahan tersebut di Dataran Merdeka pada kira-kira jam 8 pagi semalam.
Sekiranya didapati salah, Umar boleh didakwa sehingga dua tahun atau didenda maksimum sebanyak RM10,000 atau kedua-duanya.Majistret Zaki Asyraf Zubir menetapkan jaminan sebanyak RM1,000 dan menetapkan sebutan kes berkenaan pada 8 Mei.Timbalan Pendakwa Raya Wong Chai Sia sebelum itu memohon supaya Majistret menetapkan jaminan sebanyak RM4,000.Peguam Syahredzan Johan, dalam mitigasinya berkata pelajar kolej swasta Consist College itu tidak mempunyai sumber pendapatan dan dakwaan itu merupakan tuduhan pertama yang dihadapi pemuda berkenaan.Syahredzan juga berkata seorang lagi aktivis yang turut ditahan dalam operasi DBKL bersama polis itu, Mohd Fahmi Reza tidak didakwa.Lelaki berusia 35 tahun itu dibebaskan dengan jaminan polis dan perlu melapor diri ke balai polis setiap bulan

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana