Aktivis muda ditahan ketika pasang poster Bersih 3.0 di USM

GEORGETOWN: Seorang aktivis muda ditahan ketika memasang poster Bersih 3.0 di Universiti Sains Malaysia (USM), awal hari ini.

Sumber polis memberitahu Bernama pengawal keselamatan kampus menahan lelaki berusia 21 tahun ketika dia sedang memasang beberapa keping poster perhimpunan itu di kawasan dewan kuliah pada jam 2.30 pagi. Katanya aktivis Suara Rakyat Malaysia (Suaram) itu kemudian dibawa ke Balai Polis Sungai Nibong untuk siasatan lanjut. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Timur Laut Asisten Komisioner Gan Kong Meng ketika dihubungi berkata aktivis itu dibebaskan dengan jaminan polis selepas keterangannya diambil.

"Siasatan berhubung kes ini masih diteruskan dan kertas siasatan akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya Pulau Pinang untuk arahan selanjutnya," katanya. Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 447 Kanun Keseksaan atas kesalahan menceroboh yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga enam tahun dan denda maksimum RM3,000, jika sabit kesalahan. - BERNAMA

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana