45,000 Pelajar SRA & Kafa Nikmati Pendidikan Percuma Tahun Ini - Jamil Khir

KUALA LUMPUR: Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) akan membiayai yuran bulanan 45,000 pelajar Sekolah Rendah Agama(SRA) serta Kelas al-Quran dan Fardu Ain (Kafa) Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) bagi tahun ini, dengan peruntukan RM5.3 juta.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata inisiatif itu seiring dengan tindakan kerajaan yang menyalurkan bantuan kewangan kepada rakyat melalui Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), baucar buku dan bantuan persekolahan."Di MAIWP kita melihat usaha yang dilakukan pihak kerajaan ini wajar diguna pakai dan kami merasa dengan memansuhkan yuran bulanan persekolah SRA dan Kafa sedikit sebanyak meringankan beban ibu bapa.

"Inisiatif ini juga dilihat sebagai salah satu usaha untuk menggalakkan ibu bapa menghantar anak mereka mendapatkan pendidikan agama di SRA dan Kafa. Bagi ibu bapa yang telah membayar yuran bulan, mereka akan mendapat pulangan bayaran tersebut," katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis Apresiasi Kecemerlangan Akademik Jawi 2012, di sini, Isnin.Yuran bulanan pembelajaran di SRA dan Kafa, Jawi berjumlah RM10 sebulan.Jamil Khir berkata bagi memastikan kualiti agensi agama di negara ini menjelang tahun 2020 di peringkat terbaik, sebanyak enam sekolah agama akan dibina di sekitar Kuala Lumpur dan Wilayah Persekutuan Putrajaya."Insya-Allah enam buah sekolah agama baru akan didirikan di sekitar Segambut berdekatan Projek Perumahan Rakyat Kampung Batu Muda, Setapak dan sekitar Putrajaya dan buat masa sekarang ia dalam proses untuk ditenderkan.

"Seperti di Segambut, jika kita lihat kawasan perumahan dah banyak tetapi institusi pendidikan rendah agama tiada dan kebanyakan ibu bapa terpaksa menghantar anak mereka ke sekolah agama yang lebih jauh dan sampaikan ada ibu bapa terpaksa memberhentikan anak-anak dari terus bersekolah disebabkan faktor jarak sekolah yang terlalu jauh," katanya.Kesemua enam sekolah itu dijangka siap menjelang tahun 2014 dengan anggaran kos pembinaan RM39 juta dan dapat menampung hampir 5,000 pelajar.
Mengenai penubuhan panel khas bagi memantau calon pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) akan datang bebas dari unsur ilmu hitam dan syirik, beliau berkata ia merupakan satu cadangan yang bagus tetapi sehingga kini pihaknya tidak dimaklumkan secara rasmi."Ia tidak melibatkan parti Barisan Nasional (BN) sahaja dan pihak pembangkang juga wajar mengambil pendekatan yang serupa...jika Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) ada maklumat berhubung calon-calon yang terlibat dengan kes ini kami akan melaporkannya.
"Ini merupakan satu pandangan yang baik dalam memastikan perjalanan PRU-13 akan datang lebih adil dan berjalan lancar," katanya.

Semalam Pengerusi Jawatankuasa Kerja Sekretariat Ulama Muda Umno, Fathul Bari Mat Jahaya menggesa Suruhanjaya Pilihan Raya, parti politk, Jakim dan majlis agama Islam negeri (Main) untuk menubuhkan satu panel khas bagi memastikan tiada calon yang bertanding dalam PRU-13 akan datang terlibat dengan ilmu hitam dan unsur syirik.-BERNAMA

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana