400 Orang Asli berdemo tuntut Pas Kelantan tunai janji


KOTA BHARU 15 April – Seramai 400 Orang Asli mengadakan demonstrasi aman di hadapan Kompleks Kota Darulnaim di sini hari ini untuk menyerahkan memorandum mendesak kerajaan Pas Kelantan supaya mewartakan tanah adat mereka.Perhimpunan anjuran Jaringan Kampung Orang Asli Kelantan (JKOAK) itu turut dihadiri wakil Majlis Peguam serta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) yang bertindak sebagai pemerhati.Ketua JKOAK, Azmi Badul kemudiannya menyerahkan memorandum tuntutan mengenai tanah adat tersebut kepada Pegawai Khas Menteri Besar, Zawawi Muhamad selepas hampir sejam mengadakan demonstrasi secara aman.Azmi berkata, demonstrasi tersebut diadakan bagi membantah sikap kerajaan Pas Kelantan yang langsung tidak mendengar rintihan masyarakat tersebut biarpun telah menghantar memorandum pada 14 Februari 2011.Beliau turut mendakwa Menter Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak menunaikan janji yang dibuat semasa NGO terbabit menyerahkan memorandum sebelum ini. - UTUSAN

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana