3 TAHUN DUGAAN DAN CABARAN PADA DATO SERI NAJIB

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menganggap tempoh tiga tahun beliau menerajui tampuk pemerintahan negara sebagai suatu pengalaman yang mengujakan dan penuh cabaran.
"Kami telah melalui perjalanan yang panjang dalam tempoh tiga tahun. Apabila kita bermula, kami bermula daripada kedudukan yang penuh cabaran, dengan tsunami politik dan terdapat banyak kewahaman dan kesinisan."Tetapi selepas tiga tahun, rakyat mula lebih percaya dan yakin dengan kerajaan. Rakyat percaya kami boleh melakukannya dan kami telah pun membuktikannya,"

Beliau berkata angka makro kelihatan sangat baik dan sektor swasta telah memberikan respons yang memberangsangkan.Najib mengambil alih pucuk kepimpinan kerajaan daripada Tun Abdullah Ahmad Badawi."InsyaAllah, berikan kami lima tahun lagi, kami akan melakukan lebih banyak lagi," kata beliau.
Najib berkata beliau terkejut kerana sudah tiga tahun berlalu.
"Saya rasa berpuas hati kerana (anggota) Kabinet telah banyak memberi sokongan. Saya tidak dapat melakukannya sendirian. Rakan-rakan saya telah menyokong saya selama ini.
"Kami telah mengotakan janji-janji yang kami buat dan ini sangat penting. Apabila kami berjanji, kami menunaikannya," kata Perdana Menteri.

Mengenai cabaran politik yang beliau hadapi, Najib berkata pembangkang akan menggunakan apa jua isu dan mereka pula tidak konstruktif untuk mencari penyelesaian sebaliknya memanjangkan isu-isu sehingga pilihan raya umum akan datang."Minda pemikiran mereka bukannya untuk mencari penyelesaian tetapi untuk mencipta dan memanjang-manjangkan isu,"

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana