Sikap apologis anwar,pas jugak kena tempiasnya......


Sikap apologis Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam soal Israel dan PAS yang terus peralat Islam terus dikecam dan dikritik ahli Parlimen Bebas Pasir Mas Datuk Ibrahim Ali di Dewan Rakyat, pada khamis.Sebagai orang yang sudah lama mengenali Ketua Pembangkang itu, Ibrahim melihat Anwar seorang yang suka ‘pusing’ semua perkara terutama yang terkena batang hidungnya sendiri.Memberikan contoh isu gay, kata Ibrahim, Anwar cuba pusing dengan sikap bila timbul masalah dan dikecam, beliau kata orang lain pun buat benda sama semata-mata nak sokong apa dia kata.“Ketua pembangkang ni dah lama saya kenal. Kalau dia letak diri dia sama macam orang lain, baik rakyat Malaysia jangan sokong dia. Kalau dia pemimpin hebat, kenapa dia buat benda yang orang lain buat,” katanya.       Menurut Ibrahim, kalau Anwar anggap orang lain buruk buruk, beliau juga boleh buat buruk, apa guna nak jadi pemimpin.“Lebih baik pilih saya jadi Perdana Menteri,” seloroh beliau.Beliau menyelar Anwar kerana sering menyeret nama Yusof Qardawi tetapi akhirnya berterabur.Ibrahim turut menyindir Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang berbahas di Parlimen, dua hari lalu begitu lantang mempertahan isu Islam, isu raja dan bahasa Melayu.“Saya ucap tahniah..dah lain sikit tapi ni semua sebab pilihan raya dah nak datang. Ini untuk tarik undi  Melayu Islam di Pantai Timur. Kalau betul nak perjuang Islam, tapi bagi saya ini golongan apologis,”“ Saya tak boleh fikir sebuah parti Islam yang bersekongkol dengan parti yang jelas menentang Islam dan ada anggap orang Melayu. Tak boleh masuk dalam akaun saya ada kalangan Melayu anggap komunis pejuang-pejuang  kemerdekaan,” ujarnya.Katanya, PAS perlu konsisten dengan perjuangan mereka bukan ceduk sana ceduk sini.“Saya tengok bila orang buang kepala babi dalam Masjid, saya ingat parti yang pertahan Islam ini berarak sama macam Bersih dan berarak pertahan Anwar, tetapi tak ada, nasib baik ada Perkasa,” tegasnya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana