Lantik bukan Islam: Ketua Pemuda PAS bidas Dr Dzul


KEMASKINI Ketua Pemuda PAS, Nasruddin Hassan menolak cadangan timbalan presiden parti itu dari kalangan bukan Islam kerana ia bertentangan dengan syarak yang melarang pelantikan bukan Islam dalam kepemimpinan Jemaah Islam.Beliau berkata, walaupun menolak pelantikan orang bukan Islam untuk jawatan dalam kepemimpinan tertinggi parti itu, namun tidak bermakna DPPP menentang segala bentuk pakatan atau kerjasama dengan orang bukan Islam.Beliau mengulas kenyataan AJK PAS Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad yang menyatakan parti itu sedia menerima seorang timbalan presiden dari kalangan bukan Islam sekiranya ia satu keperluan dan ada tuntutan seperti dilakukan parti Ikhwanul Muslimin di Mesir.Dzulkefly menjelaskan dalam Islam ada dua perkara iaitu perkara tetap dan perkara yang boleh berubah iaitu politik.“PAS mesti dikekalkan sebagai parti yang seratus peratus berjiwa dan berwajah Islam (dalaman dan luarannya) dan pada masa yang sama ia membuka ruang kerjasama dan tahaluf (pakatan) yang seluas-luasnya dengan siapa saja memperjuangkan keadilan selagi tidak melanggari syariat.“Tidak usahlah kita membuka kepemimpinan jemaah kepada orang bukan Islam kerana ia bercanggah dengan syariat Islam, sebaliknya kita mengeratkan kerjasama dan pakatan dengan mereka dalam mewujudkan amalan politik dan pemerintahan yang bersih dan adil untuk semua rakyat Malaysia,” katanya dalam laman sosial facebooknya.Sementara itu, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, sinis terhadap kesediaan PAS melantik pemimpin bukan Islam sebagai timbalan presiden parti itu.“Dulu dia (PAS) kata kita kafir dan sekarang mereka pula mahu bekerjasama dan ketua parti dengan bukan Islam tetapi kita tidak kata pun mereka sedemikian.“Kita tengok setakat mana... sepatutnya PAS melantik bukan Islam sebagai presiden... bukannya hanya terhad kepada jawatan timbalan presiden. PAS patut melantik Penasihat DAP, Lim Kit Siang, sebagai presiden parti itu," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana