Ulama, cendekiawan perlu bantu tangkis fitnah


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak beramah mesra dengan bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin (kanan) pada Himpunan Ulama, Cendekiawan Islam dan Penulis Maya Kebangsaan 2012 di sini, hari ini. Turut sama Mufti Perlis, Dr Juanda Jaya.
Golongan ulama dan cendekiawan Islam perlu membantu dengan menyuarakan pandangan serta nasihat bagi menangkis fitnah tidak bertanggungjawab mengenai kerajaan dan Islam.
Pensyarah Institut Pendidikan, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Profesor Datuk Dr Sidek Baba, berkata kelantangan golongan itu dapat membantu dalam menangkis fitnah yang ditujukan kepada kerajaan."Sejak zaman kerajaan Islam Andalusia lagi, kita lihat hubungan antara ulama dan umara amat baik. Melalui hubungan ini juga, ulama perlu berikan pandangan dan nasihat supaya kerajaan dapat berjalan dengan baik.
"Kini kita berdepan dengan dimensi maya di mana fitnah dilakukan dalam dimensi ini, terutama oleh generasi muda, jadi ulama perlu mendekati golongan ini dengan kasih sayang, tegur dengan bijaksana, dan kritik dengan adab," katanya pada majlis Himpunan Ulama, Cendekiawan Islam dan Penulis Maya Kebangsaan 2012 di sini hari ini. Beliau berkata, ulama dan cendekiawan Islam juga perlu bersikap terbuka kepada penulis maya kerana mereka berpotensi sebagai pembina negara suatu hari nanti.Beliau berkata, ulama dan cendekiawan Islam juga perlu bersikap terbuka kepada penulis maya kerana mereka berpotensi sebagai pembina negara suatu hari nanti.

"Jangan kita bersikap menghentam kepada mereka, kita mahu mendidik generasi ini supaya mempunyai daya berfikir yang baik. Jika tidak, anak muda kita akan tersalah arah dan sebabkan kekacauan dalam sistem bina negara," katanya. Sementara itu, Mufti Perlis, Dr Juanda Jaya, berkata fitnah serta tuduhan melulu akan berlaku apabila sesuatu penulisan tidak menumpu kepada fakta atau merujuk kepada pakar dalam bidang yang berkenaan."Ulama dan cendekiawan Islam perlu bersikat proaktif memberikan pandangan benar mengenai sesuatu isu dalam sesebuah penulisan. Golongan ini tidak akan memihak kepada mana-mana pihak, hanya kepada kebenaran."Bila fitnah ini dapat dihapuskan, kebaikan masyarakat dapat disuburkan. Jadi, semua pihak mesti berganding bahu, ulama bersikap proaktif dan penulis maya berhubung seramai mungkin ulama sebagai rujukan," katanya.

Bagi Felo Universiti Oxford, Profesor Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin, gabungan mantap antara ulama dan cendekiawan Islam serta penulis maya adalah perlu dalam memastikan penulisan yang dihasilkan bermutu serta menyumbang kepada pembangunan negara.Pengerusi Jawatankuasa Kerja Sekretariat Ulama Muda UMNO, Fathul Bari Mat Jahaya, berkata ulama dan cendekiawan Islam perlu memainkan peranan dalam memperincikan maklumat yang disampaikan kepada rakyat."Ada dua konsep penting dalam perincian ini, iaitu tabayyun dan tasabbut. Tasabbut bererti kita pastikan berita itu benar atau tidak, manakala tabayyun (sama ada) berita itu sesuai atau tidak disampaikan kepada orang iaitu atas segi niat, tujuan atau persekitaranya.

"Maka ulama perlu memainkan peranan dalam menentukan tabayyun dan tasabbut dalam sesuatu isu supaya isu itu dapat diperjelaskan dengan baik tanpa pengaruh fitnah," katanya. - BERNAMA

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana