Terbaruuu....Hasan Ali tolak Rayuan sertai semula PAS.

DAMANSARA 4 Feb. - Bekas Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr. Hasan Mohamed Ali menjelaskan beliau tidak akan sama sekali mengemukakan sebarang rayuan menyertai semula PAS setelah diberi tempoh hingga 7 Februari ini.Bercakap pada Sidang Media di rumahnya itu, beliau secara tegas tidak mempunyai sebarang sebab untuk bertindak sedemikian dan akan mempertahankan prinsipnya yang terbukti mengikut Perlembagaan Parti akan tetapi dihalang pimpinan parti yang dikuasai kumpulan yang beliau gelar sebagai 'Parasit PAS'.Hasan Ali juga menegaskan beliau akan meneruskan Siri Jelajah ke seluruh Negeri setelah mendakwa ianya mendapat sambutan yang menggalakkan.Malah ramai pihak yang menjemput beliau sendiri untuk ke kawasan mereka agar penjelasan mengenai perjuangan yang dibawa bekas Exco Kerajaan Negeri Selangor itu dapat diterangkan kepada semua pihak.Hasan sebelum ini telah melaksanakan beberapa Siri Jelajah ke beberapa Negeri termasuklah di beberapa kawasan di Selangor seperti Shah Alam dan Meru.
Beliau turut berulangkali mengkritik salah seorang Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor, Khalid Samad menjadi antara Pemimpin PAS menghalang beliau mengambil beberapa tindakan mengikut peruntukan Enakmen Syariah Negeri termasuklah berkaitan isu penjualan arak di kawasan Parlimen Shah Alam.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana