Terbaik.....Elak salahguna kuasa: Sumbangan politik perlu masuk akuan parti - Najib

Semua sumbangan kepada parti-parti politik perlu dikreditkan terus ke dalam akaun parti masing-masing yang tidak lama lagi, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Beliau berkata inisiatif ini adalah sebahagian daripada program transformasi kerajaan untuk memerangi rasuah.Najib berkata demikian ketika melancarkan program Pegawai Intergriti Bertauliah (SPRM) di Pusat Konvensyen Putrajaya.
Menurutnya, keputusan tersebut adalah untuk mengelak sebarang salahguna kuasa oleh ahli-ahli politik yang mungkin menggunakan kedudukan mereka untuk mendapatkan wang bagi kegunaan peribadi.
"Seharusnya ada resit rasmi yang akan digunakan bagi tujuan audit pada akhir tahun," katanya.
Najib juga bersetuju dengan cadangan Lembaga Penasihat SPRM agar suruhanjaya tersebut memperolehi akses penuh terhadap dokumen pengisytiharan harta mana-mana anggota pentadbiran.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana