TERBAIK DARI MB PERAK BERSAMA SAMA RAKYAT DAN AHLI AHLI SURAU

                                                    MB Perak pilih tidur di masjid
Tidur di masjid mungkin asing buat sesetengah orang tetapi bagi Menteri Besar Perak Dato’ Seri Dr. Zambry Abd Kadir ia sebahagian dari kegiatan politik—ia perkara biasa.Tidor dalam masjid diwaktu malam dengan niat beribadat bukan saja dituntut oleh agama malah ia mendekatkan diri dengan Allah dan masyarakat setempat.Selain dari itu ia dapat mendekatkan dirinya dengan rakyat yang rata-rata mengharapkan hidup mereka diberi pembelaan.Tetapi berapa ramai dari kita yang konon “alim-alim kucing” ini sanggup meninggalkan isteri dan anak-anak untuk tidur dan beribadat di rumah Allah itu?.Walkabout atau program turun padang Menteri Besar dua hari bermula Rabu lalu di Tanjung Malim berakhir lewat malam sebelum bermula semula Khamis pagi.Dr.Zambry dijadual bermalam di rumah keluarga angkatnya,Haji Shafee yang juga mantan gurunya sewaktu menuntut di Pangkor dalam tingkatan empat.Haji Shafee mengajar bahasa Melayu menganggap “Dr.Zambry pelajar cerdik, cergas dan awal-awal lagi dah nampak bakat dalam bidang penulisan.”Bagaimanapun program bertukar dengan diganti program kiamulail dan solat subuh di Masjid Jamek. Menteri Besar bersetuju untuk tidur (lihat gambar ihsan ADUN Slim Datuk Khusairi Talib) di masjid malam itu.

Selesai solat subuh berjemaah Dr.Zambry mengambil peluang memberikan tazkirah kepada jemaah sebelum mereka berjalan beramai-ramai menuju ke sebuah gerai Majlis Daerah Tanjung Malim (MDTM) untuk bersarapan.Itu program malam serta awal pagi Khamis tapi sepanjang hari Rabu, selain mempengerusikan mesyuarat EXCO, Menteri Besar menerima borang keahlian dari 187 bekas ahli-ahli PKR menyertai UMNO.ADUN Behrang Jamaluddin Mohd Radzi menjuruterai kemasukan beramai-ramai itu namun “saya sendiri belum masuk UMNO . . .tunggulah nanti”katanya.
Menteri Besar bergambar dengan 187 bekas-bekas PKR yang memakai baju-t serba merah sebelum menghadiri makan tengahhari di kemah bersebelahan.Ketika ditanya pihak media, Dr.Zambry enggan menjawab sama ada UMNO akan mencalunkan Jamaluddin bertanding di Behrang dalam PRU ke13 kelak.Untuk rekod Jamaluddin ialah bekas ahli PKR yang menyokong BN tapi belum secara rasmi menjadi ahli UMNO.“Tunggulah…bila sampai masa kita umumkan”katanya ringkas.
Walaubagaimanapun Menteri Besar teruja dan memberikan penghargaan kepada usaha Jamaludin membawa bekas ahli-ahli PKR itu menyertai UMNO.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana