Sokongan masyarakat India kedah terhadap BN meningkat

Sokongan masyarakat India di Kedah terhadap kepimpinan Barisan Nasional (BN) meningkat lebih 80 peratus, kata Pengerusi BN negeri, Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah.
Berdasarkan statistik itu, beliau yakin BN Kedah mampu merampas kembali negeri tersebut daripada pembangkang."Sekarang ini kita yakin lebih kurang 80 peratus masyarakat India telah mula sokong BN dan saya memberi jaminan BN boleh menang,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis sambutan Thaipusam bersama MIC Kedah di Kuil Subramaniam, di sini hari ini.
Mengenai sambutan itu, Ahmad Bashah berkata, kemeriahan yang ditonjolkan menerusi perayaan Thaipusam tahun ini jelas menunjukkan wujud perpaduan di kalangan masyarakat India di negeri ini.
Perpaduan itu akan dapat membantu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak melaksanakan perubahan untuk masa depan negara bukan sahaja kepada masyarakat India malah rakyat keseluruhan, katanya. – BERNAMA

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana