Skim Pajakan Kenderaan. Berita Baik Kepada Rakyat Malaysia?

Kereta adalah satu barang yang bakal susut nilai daripada tahun ke tahun. Sampai satu masa kebanyakan rakyat Malaysia sudah mula berkira-kira untuk menukar kereta. Jadi apabila mahu dilancarkan Skim My Lease – Skim Pajakan Kenderaan, bagi kami secara pengamatan awalnya agak berbaloi dan baik untuk dilaksanakan.  Cuma….
Cuma buat masa ini skim My Lease ini kan tertumpu ke pengguna korporat terlebih dahulu, kemudian barulah bakal diperluaskan kepada orang awam pula sebelum hujung tahun 2012.

EON Perkenal Skim My Lease – Skim Pajakan Kenderaan

EDARAN Otomobil Nasional Bhd (EON), sebuah anak syarikat DRB-Hicom Bhd melancarkan perkhidmatan skim My Lease, iaitu satu skim pemajakan kenderaan komprehensif pertama di Malaysia.
Konsep itu yang popular di United Kingdom (UK) dan Amerika Syarikat (AS), akan ditawarkan menerusi anak syarikat EON, DRB-Hicom Leasing Sdn Bhd. Buat permulaan, skim My Lease akan ditawarkan kepada pengguna korporat sebelum diperluaskan kepada individu sebelum hujung tahun ini.
Skim My Lease itu akan memberikan pilihan kepada pengguna dalam pemilikan kenderaan, selain daripada skim sewa yang ditawarkan institusi kewangan ketika ini. Ketua Pegawai Operasi EON, Azman Idris berkata, tidak seperti skim sewa beli :

My Lease membolehkan pelanggan menggunakan kenderaan tanpa perlu memikirkan beberapa aspek pemilikan utamanya, iaitu
Pemajakan kenderaan ini juga menyediakan pilihan menarik kepada pengguna kerana secara amnya tanggungan bulanannya adalah lebih rendah berbanding sewa beli, katanya kepada media selepas pelancaran skim itu dan perasmian cawangan EON Chan Sow Lin yang di naik taraf kepada 4S di Kuala Lumpur, semalam.
Ia disempurnakan Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha. Hadir sama, Pengarah Urusan Kumpulan DRB-Hicom, Datuk Seri Mohd Khamil Jamil; Pengerusi EON, Tan Sri Marzuki Mohd Noor; Pengerusi Institut Automotif Malaysia, Datuk Kamarudin Ismail; dan Ketua Pegawai Operasi Kumpulan DRB-Hicom, Datuk Lukman Ibrahim.
Azman berkata, bagi pelanggan korporat yang melanggan skim pemajakan, mereka antara lain akan menikmati penjimatan dari segi  :
  • perbelanjaan modal yang rendah bagi pemilikan kenderaan kerana tidak perlu membuat bayaran pendahuluan yang tinggi berbanding sewa beli
  • bebas dari menanggung kos penyelenggaraan
  • tidak perlu bimbang mengenai nilai jualan semula kerana bila tamat tempoh pajakan atau bila mereka ingin menggantikan kenderaan dengan yang baru, kenderaan lama akan dikembalikan kepada DRB-HICOM Leasing
Katanya, DRB-HICOM Leasing turut menyediakan pakej tambahan seperti, khidmat selepas pajakan, pusat khidmat pelanggan 24 jam, perkhidmatan tunda kenderaan di seluruh Malaysia, kemudahan pengambilan dan penghantaran kenderaan dan program penggantian kenderaan.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana