RM400,000 pulih hakisan Pantai Rhu Sepuluh

Kerajaan negeri meluluskan peruntukan RM400,000 bagi membina semula jalan dan menambak hakisan Pantai Rhu Sepuluh di Setiu.Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Said berkata, daripada jumlah itu, RM200,000 disalurkan kepada Majlis Daerah Setiu (MDS) untuk membina semula jalan dan selebihnya diperuntukkan kepada Jabatan Pengaliran dan Saliran (JPS) untuk menambak hakisan pantai sepanjang 200 meter.

Katanya, sebahagian besar pantai terbabit kini semakin teruk ditelan hakisan dan pembinaan semula itu sebagai langkah sementara memandangkan kos untuk membina benteng pemecah ombak kekal begitu tinggi.
“Langkah berkenaan adalah bagi menangani segera hakisan yang berlaku akibat musim tenkujuh akhir tahun lalu,” katanya ketika mengadakan lawatan ke pantai itu sempena kunjungan sehari Menteri Besar ke Setiu, hari ini.Turut serta, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani negeri, YB. Ashaari Idris; Ahli Parlimen Setiu, Dato’ Mohd. Jidin Shafie, ADUN Permaisuri, YB. Abdul Halim Jusoh dan ADUN Jabi, YB. Ramlan Ali.

Hadir sama, Pegawai Daerah Setiu, Mohamad Nor Ibrahim.
Dato’ Seri Ahmad berkata, pembinaan itu akan disegerakan pembinaannya dan ia akan dilakukan dalam masa terdekat bagi menyelamatkan kawasan pantai tersebut

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana