Raja Nong Chik nafi dalang isu NFC...

Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Seri Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin menafikan sekeras-kerasnya beliau adalah dalang disebalik isu NFC sehingga menjejaskan imej dan kedudukan politik Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.Beliau dengan tegasnya meminta wartawan bertanyakan pada Shahrizat dan suaminya Datuk Seri Mohamed Salleh samada dakwaan itu betul atau tidak.“Adakah ianya betul...you boleh tanya Shahrizat samada dakwaan itu betul atau tidak,” “Mereka (pembangkang) suka melihat berlakunya 'perlagaan' antara satu sama lain, Shahrizat berada sebelah saya dalam kabinet dan kita bekerjasama, we work together very well,...apa yang pembangkang mahu adalah kita 'bergaduh' sama sendiri,”
Beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Lembah Pantai memberitahu keadaan itu sengaja ditimbulkan kerana Shahrizat telah berkhidmat di Parlimen Lembah Pantai beberapa penggal dan beliau mempunyai pengikutnya sendiri, jadi untuk berdepan dalam pilihan raya kali ini adalah melaga-lagakan antara kita dengan buat cerita yang bukan-bukan untuk pecahbelahkan penyokong.
Katanya, “tapi, untuk mengesahkan dakwaan ini benar adalah tanya pada Shahrizat dan suaminya Datuk Salleh samada ini benar atau tidak. Kita tidak tahu buat kerja 'spin' yang bukan-bukan tapi kita hanya tahu buat kerja untuk menjayakan parti.”

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana