Pusingan Kelayakan Piala Thomas: Malaysia Juara Kumpulan D

MALAYSIA muncul juara Kumpulan D selepas menewaskan Korea Selatan pada aksi terakhir kumpulan dengan keputusan 3-1 dalam perlawanan kelayakan Piala Thomas di Macau pada Selasa.
Kemenangan tersebut membawa Malaysia untuk bertemu dengan India pada Khamis.
Mata pertama diperoleh menerusi pemain nombor satu negara, Datuk Lee Chong Wei yang menewaskan menewaskan Lee Hyun Il 21-13, 21-15.
Bagi mata kedua diperoleh menerusi beregu Koo Kien Keat-Tan Boon Heong yang menewaskan Yoo Yeon Seong-Ko Sung Hyun, 21-14,21-19.
Mata ketiga negara pula diperoleh menerusi regu Lim Khim Wah-Goh V Shem dengan kemenangan dalam perlawanan pasukan Korea Lee Yong Dae-Shin Baek Choel, 18-21, 21-19, 21-11.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana