Pengerusi Kita Kedah, Pulau Pinang Dilucutkan Jawatan....Pukulan Dari ZAID...DAHSYATNYA

Krisis Parti Keadilan Insan Tanah Air (Kita) semakin parah apabila pengerusi parti itu peringkat negeri Kedah dan Pulau Pinang dilucutkan jawatan masing-masing berkuat-kuasa serta merta.
Pelucutan jawatan kedua-dua pemimpin parti peringkat negeri itu iaitu Zamil Ibrahim (Kedah) dan Tan Tee Beng (Pulau Pinang) dibuat sebulat suara pada mesyuarat jawatankuasa disiplin yang dipengerusikan Datuk Zaid Ibrahim pada malam Isnin.
Ketua Penerangan Kita, Mohamed Mazlan Abdul Manaf berkata, keputusan berkenaan diambil selepas meneliti pelbagai faktor serta kenyataan yang dibuat Zamil dan Tan terutama berhubung hasrat pembubaran kita"Kedua-dua mereka hanya dilucutkan jawatan, bukannya dipecat daripada parti. Mereka masih lagi menjadi ahli parti Kita..Bagaimanapun menurut Mohamed Mazlan, kedua-dua mereka masih boleh merayu dalam tempoh 14 hari berhubung pengguguran jawatan masing-masing."Kita ada perlembagaan, masih ada peluang untuk mereka merayu jika mereka tidak berpuas hati," katanya sambil memaklumkan bahawa mesyuarat jawatankuasa disiplin itu diadakan di kediaman Zaid di Tropicana di sini.Kemelut dan krisis dalaman Kita mula timbul selepas Zaid mengumumkan untuk membubarkan parti yang berusia lebih setahun itu menerusi mesyuarat agung luar biasa (EGM) yang bakal diadakan tidak lama lagi.Hasrat pembubaran itu menerima tentangan hebat daripada beberapa pengerusi parti peringkat negeri khususnya Zamil dan Tan yang menggesa agar Zaid meletak jawatan dan keluar daripada parti.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana