Pemuda UMNO Terengganu bersedia jika disaman Pas


Pemuda UMNO Terengganu akan berdiri teguh di belakang Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said dalam mempertahankan kenyataannya melabelkan Pas sebuah parti ajaran sesat.Malah, seluruh pemimpin serta ahli pergerakan itu yang menyokong pendirian dan kesediaan Ahmad untuk disaman oleh Pas berhubung isu itu, rela jika parti pembangkang berkenaan turut mengambil tindakan sama terhadap mereka.Ketua Pemuda UMNO negeri, Saiful Bahri Baharudin berkata, beliau serta seluruh pemimpin dan pergerakan itu tidak gentar dengan ugutan saman oleh Pas.
"Kami tak gentar dan tak akan tunduk kepada ugutan mereka (Pas). Kami akan bersama-sama Menteri Besar dan turut bersedia disaman oleh Pas."Tiada sebab perlu takut. Kami ada fakta dan hujah yang kukuh bahawa parti berkenaan boleh disifatkan sebagai parti ajaran sesat,"selagi parti pembangkang itu tidak menarik balik `Amanat Haji Hadi’, selagi itu parti berkenaan mengamalkan ajaran songsang.Jelasnya, selain `Amanat Haji Hadi’, Pas juga melakukan perkara yang bercanggah dalam Islam termasuk mengkafirkan ahli UMNO dan Barisan Nasional (BN) selain bersekongkol dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyokong Israel."Selain `Amanat Haji Hadi’, Pas juga kafirkan kita dan begitu juga solat dua imam dalam satu kariah sehingga mengundang kemurkaan Sultan Terengganu, Tuanku Mizan Zainal Abidin.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana