PELBAGAI PIHAK HENTAM PAS KERANA TIADA PENDIRIAN TERHADAP ANWAR...

Pemimpin PAS dilihat lemah setelah tidak mampu berbuat apa-apa termasuk mendesak Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menarik balik kenyataannya mengenai Israel. PAS terus bertegas dengan pendirian tidak sesekali mengiktiraf hak Yahudi terhadap bumi Palestin tetapi pada masa yang sama merelakan sekutunya secara terang-terangan menyokong keselamatan Israel.keengganan Anwar menyaman The Wall Street Journal (WSJ) sepatutnya disusuli dengan tindakan menarik balik sokongannya terhadap isu keselamatan Israel jika beliau benar-benar menghormati pendirian PAS. Anwar berkata Nik Aziz memahami penjelasan beliau berhubung kenyataannya itu namun, Nik Aziz dalam kenyataannya hari ini berkata PAS tetap tidak mengiktiraf "negara haram" Israel. PAS perlu lebih tegas dalam menegakkan prinsip-prinsip perjuangan parti berlandaskan Islam dan tidak tunduk kepada kata-kata manis atau pujuk rayu mana-mana pihak yang dengan jelas tidak sehaluan dengan mereka."Adakah PAS benar-benar mahu berpakat dengan Anwar? Percanggahan prinsip seperti ini dah banyak kali berlaku. Jangan semata-mata dipujuk rayu, PAS akur," Nik Aziz kini dilihat dalam keadaan serba salah, kerana keghairahan PAS untuk bekerjasama dengan PKR dan DAP mulai mengundang keretakan dalam hubungan kerjasama pakatan pembangkang.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana