Nik Aziz Main Sandiwara Isu Israel - Perkasa

Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) menyifatkan gesaan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung isu Israel hanya sandiwara politik yang bertujuan mengelirukan rakyat.Presidennya, Datuk Ibrahim Ali berkata, pendirian PAS berhubung isu tersebut dibuat sekadar membersihkan imej parti itu agar tidak dilihat bersekongkol dengan Anwar."Kita (Perkasa) berpendapat kenyataan Nik Aziz mungkin satu kenyataan sandiwara yang cuba membersihkan imej PAS dari bersekongkol dengan Anwar yang jelas memegang teguh pada sokongan politik Amerika Syarikat dalam konteks kedudukan negara Palestin."Jadi bila beliau (Nik Aziz) mendesak Anwar untuk menarik balik kenyataannya atau menyaman akhbar yang menyiarkannya, ini hanyalah cubaan untuk mengelirukan masyarakat kerana mungkin PAS sudah sedar apabila Anwar mendapat serangan dan kecaman bertubi-tubi dari dalam dan luar negara, ia akan merugikan PAS,"
Mengulas lanjut Ibrahim yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas itu berkata, sekiranya Anwar mengambil tindakan saman terhadap WSJ, tindakan tersebut bagaimanapun tetap tidak mengubah pendirian sebenar Ketua Pembangkang itu berhubung isu Israel.
"Perkasa mengingatkan Rakyat supaya jangan keliru dengan perkembangan tersebut kerana jika Anwar akhirnya berpendirian untuk saman, saya tidak yakin beliau lakukan dengan ikhlas.
Anwar seorang hipokrit yang boleh ubah kenyataan bila-bila masa.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana