Najib: Ulama, Cendekiawan Islam, Penulis Maya Benteng Islam



Kerjasama antara kumpulan ulama, cedekiawan Islam dan penulis maya mampu menjadi benteng pertahanan kepada kepentingan dan maruah umat Islam di negara ini.Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak berkata, kerjasama erat antara semua komponen itu berupaya menangkis pelbagai tuduhan dan fitnah yang dilemparkan pihak tertentu demi memperkasakan perpaduan antara rakyat.Menyedari kepentingan itu maka peranan ulama, cendekiawan Islam dan penulis maya adalah sangat besar. Mereka perlu lebih peka dan prihatin terhadap perkembangan semasa dan perubahan dasar kerajaan."Dalam menjamin kesejahteraan rakyat, mereka perlu bekerjasama antara satu sama lain termasuk dengan kerajaan untuk menyaring maklumat dan menepis segala tuduhan dan fitnah jahat daripada pihak yang tidak bertanggungjawab."Oleh itu permuafakatan yang wujud antara ketiga-tiga kumpulan ini dan pihak kerajaan akan menjadi benteng pertahanan kepada kepentingan dan maruah agama Islam," katanya semasa menutup Himpunan Ulama, Cendekiawan Islam dan Penulis Maya Kebangsaan.Selain itu Najib berkata, penglibatan tiga komponen berkenaan amat bertepatan dengan keperluan dan cabaran semasa terutama bagi memperbetulkan pelbagai maklumat yang diselewengkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab demi kepentingan politik.
Menurutnya sikap berdiam diri dan tidak mahu mencampuri urusan politik hanya memberi kesan buruk yang akan merugikan agama dan umat Islam sendiri."Lebih-lebih lagi kerana bidang politik dalam Islam merupakan satu jihad yang perlu diutamakan kerana kita tidak dapat memisahkan politik daripada perjuangan untuk menegakkan Islam dan memperjuangkan kepentingan umat Islam."Jika politik dilihat menerusi dimensi ini, maka ia adalah bidang yang sangat berkait rapat dengan peranan manusia sebagai khalifah Allah. Jihad dalam menyebarkan kebenaran dan menegakkan syariat Islam sama ada melalui penulisan mahupun percakapan hendaklah dimulai dengan niat yang ikhlas dan amanah,"

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana