MB Terengganu: Jangan asyik hentam kerajaan(Gunting dalam Lipatan) BAHAYA....

Penjawat awam di negeri ini diminta membuang sikap gemar menghentam etika dan dasar yang dilaksanakan kerajaan, sebaliknya perlu amanah serta bersikap telus supaya mampu mencapai matlamat.Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said kesal dengan sikap mereka yang gemar menghentam kerajaan dan tidak amanah dalam memikul tanggungjawab yang patut digalas.
Menurutnya, mereka patut sedar wujudnya kerajaan hari ini adalah hasil kejayaan Barisan Nasional (BN) dan bukannya bergantung kepada mana-mana pihak.

“Penjawat awam dilantik oleh kerajaan yang memerintah pada hari ini. Mereka perlu menghormati dan melaksanakan amanah yang diberikan dengan tanggungjawab, bukan bertindak hentam kerajaan.“Pada masa sama, sikap gemar menyembunyikan fail patut dikikis bagi mengelak berlakunya ‘lambakan’ tugasan pada setiap tahun,” katanya berucap pada Majlis Ramah Mesra Pegawai Tadbir Negeri (TCS) Bersama Menteri Besar di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, malam semalam.Majlis turut dihadiri Toh Puan Seri Norliza Mahmud dan Yang Dipertua Persatuan Persatuan Pegawai-pegawai Tadbir Negeri Terengganu, Mohamad Kamil Othman.
Pada majlis itu, kira-kira 200 TSC dari seluruh Terengganu dirai bagi mengenang tugasan dan jasa mereka kepada masyarakat dan kerajaan Terengganu.Menurut Ahmad, kerajaan juga bersedia memberikan pengiktirafan kepada penjawat awam yang berjaya memberi komitmen tinggi dalam melaksanakan tugas masing-masing.Beliau juga menasihatkan para penjawat awam supaya jangan berada di zon selesa, dengan tidak melakukan sebarang usaha untuk meningkatkan mutu kerja.Ahmad turut menasihatkan setiap penjawat awam terutama yang berusia 50-an perlu mengamalkan pemakanan sihat di samping membuat pemeriksaan secara berkala bagi mengekalkan kesihatan sempurna.“Kerajaan negeri sedia membantu mereka yang mengalami masalah penyakit kronik seperti jantung, diabetes dan sebagainya dengan mendapat rawat di hospital-hospital kerajaan dan juga hospital kita sendiri (Pusat Perubatan i-Heal),” katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana