MB Ahmad Said Ambil Berat Sukan Terengganu Tahniah

Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said menyifatkan pemecatan pemain ataupun jurulatih bola sepak dalam sesebuah pasukan adalah perkara biasa dalam arena bola sepak.Beliau berkata, pemecatan pemain import Zacharia Simukonda daripada pasukan T-Team adalah mengikut peraturan sebagaimana tercatat dalam kontrak pemain berkenaan."Tidak timbul sama sekali soal wajar atau tidak wajar, bila dia main tidak bagus kita kena pecatlah," katanya.Ahmad berkata, setiap pasukan termasuk T-Team apabila mengambil pemain import mengharapkan yang terbaik untuk mencari kemenangan dan ia bukan satu eksperimen.Sebelum ini, beliau telah memberitahu pihak pengurusan T-Team supaya mencari pemain import terbaik dan tidak terlalu bergantung dan mengharapkan ejen."Atau kita bergantung kepada video, sedangkan video itu tahun bila kita tidak tahu," katanya.Ahmad berkata, lebih malang kalau pihak pengurusan mengambil pemain import yang mengalami kecederaan atau tidak cergas menyebabkan prestasi pasukan merosot.Semalam, jurulatih T-Team, Yunus Alif mengesahkan kontrak Simukonda bakal
ditamatkan dalam masa terdekat ekoran prestasi hambar dan kecederaan yang dialami pemain Zambia itu.
Ekoran itu, T-Team akan menguji beberapa pemain import baru daripada beberapa buah negara dalam masa terdekat bagi menggantikan Simukonda. - BERNAMA

Comments

matrengganu said…
Tahniah Dato'
Baru minggu lepas balik Tranung tengok bola T-Team lawang Selangor,lalu jalang Jabor Jerangau. Tayar kete pecoh masuk lubang besor sangat. Dato' kena tengok2 etek jalang di Tranung tu, biar comel macang mula, licin macang carpet, baru senang sikit rakyat Tranung balik tengok bola ke.. piala monsung ke.. kuda endurance ke.. lumba basikal ke Le Tour d Langkawi ke ..

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana