Malaysia layak ke Piala Thomas, skuad Uber kecundang

KUALA LUMPUR 16 Feb. - Malaysia menempah tiket pusingan akhir Piala Thomas selepas melangkah ke separuh akhir kejohanan kelayakan di Macau dengan mengalahkan India 3-0.
Malangnya, skuad Piala Uber tidak bernasib baik apabila tumpas 0-3 kepada Thailand di suku akhir dan terpaksa mengharungi tiga perlawanan round-robin untuk memburu satu daripada empat slot yang ditawarkan daripada kejohanan kelayakan zon Asia.
Empat tiket pusingan akhir menjadi rebutan sepanjang kejohanan kelayakan di Macau, bermakna mana-mana pasukan yang layak ke separuh akhir secara automatik akan beraksi di Wuhan, China dari 20-27 Mei ini.
Jaguh No. 1 dunia, Datuk Lee Chong Wei menghadiahkan mata pertama Malaysia dengan menumpaskan Ajay Jayaram 21-12, 17-21, 21-8, sebelum Koo Kien Keat-Tan Boon Heong menjadikan kedudukan 2-0 dengan menumpaskan Rupesh Kumar K.T- Sanave Thomas 21-14, 23-21.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana