Lebih 15,000 dengar ceramah Hasan Ali

HASAN Ali bersalaman dengan orang ramai ketika menyampaikan ceramah 'Bersatu Selamatkan Akidah Umat Islam' di Padang Kampung Pengkalan Pegoh, Ipoh, semalam.Gelombang kuasa ketiga yang dicetuskan Datuk Dr. Hasan Ali semakin kuat apabila lebih 15,000 orang hadir mengikuti ceramah beliau di Padang Kampung Pengkalan Pegoh, di sini malam tadi.Kedatangan Hasan ke sini ternyata mengundang kegusaran pihak tertentu apabila gambar muka beliau pada kain rentang yang dipasang diconteng dan poster beliau turut dikoyakkan.Malah, banyak bendera Pas dipasang di sekitar kawasan tersebut terutamanya berdekatan tempat ceramah di Padang Kampung Pengkalan Pegoh."Namun, yang saya tidak faham sampai hari ini, pimpinan Pas menentang dan tidak sokong saya dalam soal arak. Yang menolak saya ini bukan ulama atau golongan pemuda tetapi parasit di dalam Pas," katanya.Menurut Hasan, golongan parasit itu duduk di dalam tubuh badan Pas tetapi hendak menjahanamkan parti tersebut kerana mahu bekerjasama dengan DAP dan PKR."Kerana inginkan keredaan DAP dan PKR, biar hancur Islam, biar hancur Melayu dan biar hancur institusi raja,"

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana