Lari Lintang Pukang:Ceramah tuntut kebebasan akademik kecoh

Ceramah menuntut kebebasan akademik anjuran Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) di Dewan Serbaguna Kampung Idaman, di sini, malam tadi kecoh apabila hampir 50 penduduk yang tidak berpuas hati dengan ceramah itu, bertindak mengepung dewan berkenaan.Dalam kejadian pada jam 8 malam itu, penduduk turut mendesak program terbabit dihentikan serta-merta selain bertindak memecahkan kerusi dan menyelerakkan dewan itu sebelum ceramah bermula.Kejadian tegang itu berlarutan hampir dua jam,
sebelum polis mengambil keputusan mengiringi semua pelajar berkenaan ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan bagi tujuan keselamatan.selain dibaling kerusi dan batu, siasatan awal mendapati kumpulan mahasiswa itu turut dikejar penduduk kampung ketika mereka ingin keluar dari kawasan terbabit.“Berdasarkan maklumat diterima, mahasiswa ini mengadakan siri jelajah Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) dan ia menimbulkan kemarahan penduduk sekitar yang bertindak mengejar kumpulan mahasiswa ini,” 
  

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana