Kes kerajaan Terengganu saman Harakah didengar 23 Julai

Mahkamah Tinggi di sini hari ini menetapkan tiga hari bermula 23 Julai ini untuk mendengar saman fitnah yang difailkan oleh kerajaan Terengganu terhadap Ahli Dewan Undangan Negeri Batu Buruk, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi, dan tiga yang lain berhubung artikel berkaitan bekalan pakaian seragam sekolah dan alat tulis.Kerajaan Terengganu; Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said; Mek Hawa Abdul Rahman dan Hamie Azreen Ami Nordin yang diberi kontrak untuk membekalkan pakaian seragam sekolah dan alat tulis, memfailkan saman itu pada 15 Disember tahun lalu berhubung artikel yang disiarkan oleh Harakah, lidah rasmi PAS.Mereka menamakan Dr Syed Azman, pemilik permit Harakah; Datuk Mustafa Ali; Ketua Editor, Ahmad Lutfi Othman; dan pencetak, Angkatan Edaran Enterprise Sdn Bhd sebagai defendan.
Dalam pernyataan tuntutan mereka, plaintif menyatakan bahawa Syed Azman memfitnah mereka menerusi artikel bertajuk "Seleweng RM30 juta Bantuan Sekolah?" yang disiarkan dalam Harakah keluaran 11 hingga 13 November 2011.

Plaintif turut mendakwa artikel itu memberi maksud bahawa kerajaan negeri dan Menteri Besar tidak bersikap telus dalam memberi kontrak di bawah program bantuan sekolah di negeri ini.
Mereka memohon ganti rugi am, khas, teruk dan teladan; kos; dan injunksi untuk menghalang defendan daripada terus menyiarkan artikel yang didakwa fitnah itu.
- BERNAMA

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana