Kerajaan PAS Kelantan Dituntut Tunai 22 Janji...PAS Sudah Tak Boleh Tidur La Kali Ini....

Gerakan TUKAR, sebuah badan yang menggabungkan sekumpulan Badan Bukan Kerajaan (NGO) di Kelantan pada Rabu menuntut kerajaan negeri pimpinan Pas supaya menunaikan 22 perkara yang dijanjikan kepada rakyat.19 daripada 22 perkara yang dituntut itu adalah janji Pas yang terkandung dalam manifesto pilihan raya umum parti itu yang lepas manakala tiga lagi adalah berkaitan isu politik semasa."Kesemua tuntutan tersebut akan diserahkan kepada kerajaan negeri dalam masa terdekat ini dan jika masih gagal menunaikan janji, kami bersepakat memberi mandat kepada Barisan Nasional pada pilihan raya umum ke-13 nanti,"BANYAK JUGAK TUNTUTAN BELUM DILAKSANAKAN LAGI RUPANYA.....HABIS SELAMA YANG YANG DICANANG DI ATAS PENTAS CERAMAH POLITIK UNTUK APA SELAMA NI?YANG TERBARU TUBUH NEGARA KEBAJIKAN PULAK...JANJI YANG LEPAS BELUM TERTUNAI....APA KE HAL NI? Kerajaan negeri juga dikehendaki segera menyediakan peluang pekerjaan khususnya kepada golongan belia yang menganggur selain menyegerakan pembayaran bantuan RM100 kepada seluruh warga emas di Kelantan bermula pada 1990 hingga sekarang, menyelesaikan segera masalah air yang berlarutan sejak sekian lama serta segera menghapuskan cukai pintu dan bayaran tempat letak kereta dan sewa tapak operasi kereta sewa di seluruh negeri.Juga dituntut ialah pembinaan pelabuhan darat di Kuala Krai, penyelesaian masalah Ladang Rakyat dan menyegerakan saranan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) mengenai pembelaan terhadap nasib Orang Asli di Kelantan, menyediakan segera tapak rumah kepada golongan miskin di Bukit Tok Ali di Jeli, Pantai Mek Mas di Pengkalan Chepa, Alor Pulai dan Kampung Tok Ewel di Bachok dan kawasan lain untuk penempatan golongan miskin yang belum dilaksanakan.
Kamarudin meminta pemimpin kerajaan negeri supaya tidak lagi bersekongkol dengan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan menolak sebarang kerjasama dengan DAP.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana