JATI Pemangkin Penyatuan Umat - Hasan Ali.

SHAH ALAM 21 Feb. - JATI bakal menjadi platform umat Islam dan Melayu bagi membentuk jatidiri ke arah kemantapan Akidah, Syariah dan Akhlak berlandaskan konsep Islam, Melayu dan Raja (IMR).
Demikian antara intipati ucapan Perasmian Pengasas Badan Bukan Kerajaan itu Dato Dr. Hasan Mohamed Ali. Beliau yang juga merupakan bekas Pesuruhjaya PAS Selangor itu menjelaskan JATI bukan sebuah parti politik yang bakal bersaing dengan mana-mana pertubuhan yang berkenaan pada PRU13 kelak.
"Bagi saya, langkah untuk membuka ruang untuk memilih dengan lebih luas adalah penting terutama dalam konteks membangun sebuah negara. Rakyat perlu diberi spektrum pemilihan yang beraneka. Saya yakin rakyat Malaysia yang rata-ratanya educated dapat membezakan yang mana intan yang mana kaca," jelasnya di Majlis yang berlangsung di e Majlis Pelancaran dan Perasmian Penubuhan JATI di Shah Alam Convention Center sebentar tadi.
"Setiap penggerak JATI akan memperkasa pelan penyatuan umat berpandukan kepada tiga tonggak tiang seri tersebut. Selain daripada itu barisan kepimpinan JATI disaring dengan teliti supaya mereka benar-benar mempunyai kebolehan dan kemampuan yang diperlukan," katanya lagi.
Turut hadir pada Majlis tersebut beberapa tokoh akademik termasuklah Mufti Perak Datuk Seri Harussani Zakaria.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana