JAKIM, SKMM pantau blog murtad

KUALA LUMPUR: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sedang mengenal pasti blog yang menggalakkan murtad bagi mengelakkan pemiliknya terus menyebarkan maklumat dan mendapat simpati serta pengaruh pihak tertentu.

Ketua Pengarah JAKIM, Datuk Othman Mustapha, berkata pihaknya sentiasa bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) bagi mengambil tindakan sewajarnya terhadap blog terbabit.
"JAKIM turut merasa bimbang terhadap isu blog murtad yang dibangkitkan dan memandang serius perkara ini.
"JAKIM sebagaimana peranan yang dijalankan selama ini, sentiasa menyemak dan mengadakan pemantauan terhadap penyebaran maklumat yang berkaitan dengan Islam yang disalur dan disebarkan oleh media baru ini," katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Katanya, JAKIM sebelum ini sudah mengenal pasti beberapa blog yang cuba menyebarkan pengaruh murtad dan mengemukakannya kepada SKMM untuk tindakan sekatan, namun pihak yang tidak bertanggungjawab itu masih terus membuka blog baru dengan alamat yang berbeza-beza. - BERNAMA

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana