Hasan Ali Kecewa dihalang Laksana Dasar Islam - Mufti Perak.

Bekas Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hasan Ali membuat keputusan untuk tidak membuat sebarang merayu kepada Majlis Syura Ulama berhubung pemecatannya pada 8 Januari lalu akibat rasa kecewa dihalang melaksanakan dasar Islam sepenuhnya melalui Parti tersebut.Demikian kenyataan Mufti Perak Tan Sri Harussani yang turut percaya keputusan Hasan yang menyambung aspirasi perjuangannnya menerusi Badan Bukan Kerajaan (NGO).“Beliau (Hasan) sudah dipecat daripada PAS, kalau buat rayuan kemungkinan untuk diterima semula itu sukar...jadi daripada merayu lebih baik Hasan bergerak sendiri dan tubuhkan NGO yang dapat dijadikan platform perjuangan beliau.“Selepas dipecat beliau mahu menubuhkan NGO untuk terus memperjuangkan agama Islam, hak orang Melayu dan raja-raja Melayu...jadi beliau perlu serius untuk menegakkan Islam, jangan libatkan parti politik,”Hasan Ali satu ketika dahulu telah memilih PAS kerana sikap tegasnya dalam melaksanakan dasar Islam dan beliau tidak merasakan UMNO tidak serius ke arah itu. Akan tetapi, kerjasama DAP dan PKR dilihat penghalang ke arah merealisasi perjuangan beliau dan parti itu sendiri.“Saya kenal Hasan sejak dulu dan beliau merupakan pemimpin yang berpegang kepada prinsip Islam...itu saya tahu. Beliau lebih kepada Islam, untuk itu beliau menyertai parti yang memperjuangkan Islam tapi mungkin kerana kecewa kerana tidak dapat memperjuangkan Islam beliau tidak mahu terus bersama PAS.“Bagi saya biarlah beliau bersama NGO, jangan libatkan parti politik. Jangan pedulikan orang lain dan fokus kepada perjuangan,” 

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana