Hasan Ali jelaskan pendirian dalam program "Helo Malaysia" malam esok

Ikuti kupasan panas dan berani bekas Exco Hal Ehwal Islam kerajaan negeri Selangor, Datuk Dr Hasan Ali, mengenai politik semasa tanah air dalam program bual bicara "Helo Malaysia" Bernama TV di Saluran 502 Astro jam 10 malam esok.Di bawah tajuk "PRU 13-Pertarungan Hidup atau Mati" Dr Hasan yang dipecat dari PAS pada 8 Januari lalu dijangka menyingkap lanjut kenapa baginya PAS kini tidak lagi dapat dijadikan wadah perjuangannya.beliau akan melancarkan sebuah pertubuhan bukan kerajaan dipanggil "JATI" Selasa ini yang menurutnya untuk memperjuangkan Islam.Adakah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Gombak Setia itu akan kembali semula ke pangkuan PAS atau mengajak rakan-rakan lain sehaluan dalam PAS menyertai JATI mungkin terjawab malam esok. Ke manakah arah tuju dan apa pendirian "JATI" dalam konteks pilihan raya umum akan datang juga mungkin disentuh Dr Hasan dalam program bual bicara selama satu jam tersebut. 

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana