Haram jika bai'ah langgar syariat agama

Pas perlu memastikan kandungan bai'ah atau sumpah taat setia yang diwajibkan kepada calon parti itu untuk bertanding pada pilihan raya nanti tidak menyimpang daripada syariat Islam.Mufti Perlis, Dr. Juanda Jaya berkata, bai'ah boleh menjadi haram dan berdosa sekiranya terma yang terkandung di dalamnya melanggar hukum Islam dan lebih menjurus kepada kepentingan parti atau pemimpin.Menurutnya, tidak salah bagi mana-mana individu untuk berbai'ah selagi sumpah taat setia dinyatakan itu tidak terkeluar daripada syariat dan peraturan Islam."Misalnya, satu ketika dulu, Pas perkenalkan amalan bai'ah menceraikan isteri dengan talak tiga sebagai tanda kesetiaan kepada parti. Perkara seperti ini yang harus diperincikan oleh Pas."Jika bai'ah yang baru ini mengandungi unsur-unsur tersasar dari syariat Islam maka ia satu dosa dan haram," kata Dr. Juanda, mereka yang mengingkari bai'ah boleh dianggap ditimpa kecelakaan dalam kehidupannya kerana amalan sumpah yang dibuat berteraskan agama Islam.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana