Guan Eng elak jawab kritikan

Dalam debat selama satu jam sempena Persidangan Masyarakat Cina di Persimpangan Politik itu, Setiausaha Agung DAP tersebut bukan sahaja 'gagal' menjawab beberapa soalan peserta persidangan, malah cuba berdolak dalik termasuk sentiasa menyalahkan Kerajaan Pusat sepanjang perdebatan itu.
Antara soalan peserta persidangan ialah adakah Guan Eng akan menghapuskan tol Sungai Nyor di Pulau Pinang seperti yang dijanjikan pada Pilihan Raya Umum Ke-12 yang lalu.
"Berkenaan 'cek kosong' atau janji kosong di Pulau Pinang, kerajaan negeri beriltizam untuk melaksanakannya termasuk tol di Sungai Nyor, tetapi tidak dapat melakukannya kerana kuasa berada di bawah Kerajaan Pusat," jawabnya.Namun penjelasan Guan Eng itu ternyata tidak memuaskan hati penyokong MCA dan mengakibatkan dewan menjadi gamat.Selain itu, Guan Eng langsung tidak menjawab soalan peserta persidangan yang mendakwa rakyat Cina di Kedah ditindas di bawah pentadbiran kerajaan Pas.Malah Setiausaha Agung DAP itu juga 'menolak' untuk menjawab soalan tentang beliau cuba menyembunyikan isu pemberian kontrak pakaian rasmi ahli Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) membabitkan Setiausaha DAP Perak, Nga Kor Ming.
Kegagalan Guan Eng menjawab beberapa soalan itu menyaksikan penyokong DAP hanya mampu 'duduk diam' melihat penyokong MCA terus 'menyebut-nyebut' nama Soi Lek.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana