Golongan Ulama PAS Semakin Tenat...

Pergolakan dalaman PAS di Kedah semakin kusut ekoran daripada kenyataan Datuk Phahrolrazi Zawawi dan Datuk Dr Ismail Salleh yang kecewa dengan kepimpinan Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak berhubung pelbagai isu pentadbirannya.Kemungkinan kedua-dua exco itu tidak dilantik semula menjadi perhatian umum dan isu ini sudah mendapat perhatian PAS Pusat.Golongan Ulama dalam PAS kini dilihat semakin lemah dah sudah tidak relevan lagi sehingga memperlihatkan pengaruh pihak Erdogan yang di belakangi oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim mula mengatur strategi.Kemungkinan ‘parasit’ yang diperkatakan oleh bekas Exco PAS Selangor Datuk Hasan Ali ada benarnya kerana kewujudan golongan Ulama ini hanya menyusahkan pentadbiran dan kerja-kerja Pakatan Rakyat yang sentiasa mendukung kepentingan DAP.Kelicikan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam menyusun strategi menawan PAS dilihat sudah berjaya kerana mampu menempatkan semua orang-orangnya dalam parti itu. Sedikit demi sedikit golongan ulama dan yang tidak sehaluan dengan Anwar di singkirkan, yang terbaru Datuk Hasan Ali.Adakah keikhlasan dan ketelusan Menteri Besar Kedah mentadbir negeri tidak disenangi oleh golongan ‘parasit’ dalam PAS, hingga membawa kepada usaha cuba menjatuhkan beliau melalui pelaksanaan strategi rapi dalam Pakatan?

Comments

jiwakita said…
hanya keberanian presiden PAS utk
tidak menyusur arus bertebingkan parasit dajjal kembali kpd bertegas menongkah arus bersama pimpinan syura ulamak PAS menghumbankan golongan parasit
utk membina kekuatan perjuangan suci asasi PAS!!!....takbirrrr...

beranikah?????

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana