Dr Hasan Ali minta penjelasan MB wakilkan Ronnie.....

 Bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali meminta penjelasan Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berhubung ura-ura Exco Kerajaan Negeri, Ronnie Liu diwakilkan bagi menyelesaikan isu insiden meletakkan kepala babi di hadapan sebuah masjid, di Rawang, sebelum ini.Pengasas Jalur Tiga (Jati) itu berkata, sekiranya maklumat tersebut yang diperoleh menerusi panggilan telefon itu benar, beliau menggesa agar satu bantahan besar-besaran diadakan.Menurutnya, tindakan mewakilkan pemimpin bukan Islam menyelesaikan isu sensitif melibatkan umat Islam adalah satu usaha untuk memansuhkan garis pemisah di antara orang Islam dengan bukan Islam.“Saya mendapat panggilan telefon pada jam 4.30 petang (semalam), saya harap ini tidak betul, bahawa menteri besar selaku Exco Hal Ehwal Agama Islam, mewakilkan Ronnie Liu untuk mewakilinya bagi bermesyuarat dengan ahli masjid berkenaan.Kalau ini benar, saya rasa kita boleh mengadakan bantahan keras, kerana beliau mencabar nilai-nilai insan, syariah, akidah dan akhlak,” katanya dalam ucapan sempena, perhimpunan pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Waris Malaya, di Jalan Kebun, semalam.Beliau berkata, sekiranya dakwaan itu benar, tindakan ini akan memberi implikasi besar terhadap masa depan negara sekiranya Pakatan Rakyat (PR) terus diberi mandat memerintah Selangor dan Putrajaya.“Oleh yang demikian, saya menggesa anak-anak muda seperti dalam Waris Malaya ini, dijadikan tunggak utama menghalang PR daripada memerintah Putrajaya.
“Kita akan pastikan setelah Waris Malaya diberi latihan kursus intensif, mereka mampu memberi sumbangan bermakna untuk kita menukar kerajaan,” Pada 31 Januari lalu, satu kepala babi ditemui di pintu masuk Masjid Nurul Iman di Batu 18 Rawang.Sementara itu, Ezam pula memberi jaminan bahawa NGO yang ditubuhkan beliau itu, akan menyokong perjuangan Hasan dalam menegakkan Islam, Melayu dan Raja (IMR) di negara ini.Bekas Ketua Pemuda PKR itu menegaskan Hasan adalah tokoh perjuangan Islam sebenar di negara ini, berdasarkan sikapnya yang tidak mementingkan pangkat demi kepentingan agama.

Comments

S.A.Hamid said…
Inilah contoh seorang pimimpin negeri beragama Islam yang mengambil mudah dalam urusan agama Islam.
Allah telah berfirman dengan maksud;
"Jika kamu melantik pemimpin yang bukan ahlinya, tunggulah akan kehancuran negara kamu".
Na'uzubillah.
Unknown said…
betul tu....khalid khalid?

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana