BN Terengganu Yakin Rampas Semula Empat, Lima Kerusi Pembangkang


KUALA TERENGGANU, 2 Feb – Barisan Nasional (BN) negeri Terengganu yakin mampu mempertahankan kedudukan pada pilihan raya umum ke-13 malah percaya dapat memenangi tambahan empat hingga lima kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) lagi.
Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said berkata apa yang penting jangan ada gunting dalam lipatan atau ada orang yang menikam dari belakang semasa sendiri.“Insya-Allah, mudah-mudahan Allah merahmati kita,” katanya sempena sambutan 50 tahun Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) peringkat negeri di sini hari ini.Ahmad berkata wakil-wakil rakyat serta pemimpin setempat perlu turun padang untuk bertemu rakyat dan membantu menyelesaikan masalah mereka.
Dalam pada itu, Menteri Besar berkata sebagai ejen parti, anggota Kemas hendaklah bekerja dengan ikhlas dan lebih bertanggungjawab lagi dalam menyampaikan agenda kerajaan kepada rakyat.
“Kita perlu memperkemaskan jentera parti untuk pastikan kita menang dengan cemerlang dalam pilihan raya nanti,” katanya.Terengganu mempunyai 32 kerusi DUN dengan BN menguasai 24 kerusi DUN pada pilihan raya umum 2008 manakala Pas menang di lapan kerusi DUN. Enam kerusi Parlimen turut dimenangi BN manakala dua lagi oleh Pas.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana