APALAH JADI BERGINI SENANG SANGAT CADANGAN BINA JIRAT DI KARANGAN : MUBARAK

KULIM: Kerajaan negeri diminta supaya meneliti semula cadangan pembinaan jirat Cina di Karangan dekat sini berikutan tanah itu asalnya adalah kawasan dusun selain majoriti penduduk sekitarnya adalah masyarakat Melayu. Setiausaha Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (MUBARAK) Kedah, Datuk Mohd Hadzir Ismail, berkata cadangan membina jirat di kawasan yang majoritinya Melayu sudah pasti mendapat bantahan.
"Sebelum sesuatu yang tidak diingini berlaku adalah lebih baik pihak Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak menasihati pemilik tanah yang berhasrat membina jirat Cina eksklusif itu," katanya kepada pemberita hari ini. Beliau mencadangkan supaya tanah itu dibangunkan seperti kawasan perumahan memandangkan Pekan Sungai Kob dan sekitarnya adalah kawasan berpotensi untuk dijadikan kawasan pembangunan komersial. Mohd Hadzir berkata, beliau terpanggil untuk membuat cadangan tersebut berikutan beberapa panggilan telefon yang diterimanya supaya berbuat sesuatu mengenai isu yang kini hangat diperkatakan penduduk di sekitar kawasan tersebut. Pada 17 Februari lalu, berlaku demonstrasi oleh sekumpulan 500 penduduk dan badan bukan kerajaan sebagai membantah cadangan pemilik tanah swasta seluas 76.4 hektar berdekatan kampung Melayu di Karangan itu untuk membina jirat. Penduduk mendakwa menghantar beberapa memorandum ke Pejabat Menteri Besar namun tiada kata putus diambil. - BERNAMA
BERGITU MUDAHNYA ORANG CINA UNTUK MENDAPATKAN TANAH UNTUK MEMBUAT JIRAT CINA..PULAK TU TERLETAK DI KAWASAN MELAYU.MUDAH SANGAT MELAYU NI PEMURAH  HATI.KALAU ORANG CINA SUDAH DAPAT SESUATU....MINTA MAAF LAH NAK BUAT SESUKA HATI PADA MEREKA INI.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana