Aduhai...UNISEL Banyak Berpolitik Inilah Puncanya : Profesor Unisel dakwa gaji disekat

UNISEL yang di bawah pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor tidak pernah lekang daripada isu dalaman.Banyak sangat berpolitik untuk memegang jawatan didalam nya..dulu dikatakan BN yang membolosi harta di selangor makan duit rakyat...ni apa dah jadi?paku dulang paku serpih dia yang kata dialah yang lebih.
SHAH ALAM - Seorang profesor Universiti Selangor (Unisel) menderita apabila universiti milik Kerajaan negeri Selangor itu berhutang RM42,000 dengannya selepas didakwa tidak dibayar gaji sejak Disember tahun lalu tanpa notis.Prof. Dr. Lokman Shamsudin berkata, beliau percaya tindakan itu dikenakan selepas beliau menyerahkan laporan tahap pencapaian program pengajian di Unisel kepada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) pada November lalu.Menurut pensyarah Fakulti Sains dan Bioteknologi itu, laporan tersebut antara lain mendedahkan banyak kelemahan di fakulti itu sejak berpindah dari kampus Shah Alam ke Bestari Jaya dekat sini pada tahun 2010."Saya selaku Ahli Majlis MQA mendapati kesempurnaan peralatan serta kemudahan makmal di Fakulti Sains dan Bioteknologi adalah pada tahap amat rendah dan tidak menepati akreditasi program."Saya juga dapati kemasukan pelajar bagi program diploma dan ijazah bioteknologi telah menurun secara mendadak, pensyarah pula tidak berpengalaman,"

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana