Posts

Showing posts from January, 2011

PM umum tiada kenaikan tol untuk 5 tahun akan datang...

Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak umum kerajaan akan menamatkan konsesi tol untuk Lebuhraya Hubungan Timur-Barat menghubungkn Persilangan Salak dan Persilangan Taman Connaught berkuatkuasa Mei tahun ini. Ketika mengumumkan demikian di Putrajaya, Jumaat, Perdana Menteri berkata penutupan tol itu adalah lebih awal daripada tempoh yang sepatutnya, iaitu 2018. "Ini bermakna pengguna lebuhraya tersebut tidak perlu lagi membayar tol di lebuhraya berkenaan," katanya. Najib berkata inisiatif penutupan awal tol itu akan memberi manfaat kepada kira-kira 39 juta pengguna lebuhraya berkenaan. Beliau turut mengumumkan bahawa tiada kenaikan tol akan berlaku untuk tempoh lima tahun akan datang bagi Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak dan Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1. Beliau berkata keputusan untuk tidak menaikan tol selama lima tahun itu dibuat berikutan kesediaan dua orang ahli koporat korporat yang juga pemegang saham terbesar sebuah syarikat konsesi tol tam

Muhyiddin arah Jabatan Pelajaran Johor siasat cuti suami calon PAS

LABIS: Kementerian Pelajaran akan melakukan siasatan tentang kewajaran cuti sakit diberi kepada Maarof Abd Mutalib, seorang guru yang juga suami kepada calon PAS pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang, Normala Sudirman. Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Menteri Pelajaran, berkata Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Johor, Markom Giran diberi tanggungjawab untuk melakukan siasatan itu. "Pengarah (Jabatan Pelajaran Negeri Johor) boleh siasat, sama ada ada asas cuti sakit itu diberi, walaupun boleh diberi adakah terdapat asas yang benar yang dia sakit. "Kalau dia dapat cuti sakit, dia terlantar, 21 hari (jumlah cuti sakit yang diberikan kepada Makrof) terlantar, tetapi turun redah dengan calon PAS, yang juga isteri dia," katanya kepada sidang media di Sekolah Menengah Kebangsaan Kamarul Ariffin di sini, hari ini. Muhyiddin ditanya mengenai cuti sakit selama 21 hari yang diambil oleh Maarof, seorang guru di Tenan

Suami calon PAS ambil cuti sakit 21 hari

LABIS: Maarof Abd Mutalib, suami calon PAS bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang, Normala Sudirman, dilaporkan mengambil cuti sakit selama 21 hari pada bulan ini. Perkara ini didedahkan laman blog MARAHKU (marahku.blogspot.com) semalam yang turut menyiarkan salinan tiga cuti sakit yang diperoleh Maarof Dalam artikel bertajuk "PRK TENANG: Normala's cheating husband has been keeping secrets from her", penulis laman blog itu secara sinis mengandaikan Maarof menghidap penyakit teruk yang mengancam nyawa sehingga diberikan cuti sakit begitu panjang. Beliau berkata,Maarof yang juga seorang guru di Sekolah Menengah Kebangsaan Tenang Stesen di sini, kali pertama mendapat cuti sakit selama dua hari, iaitu dari 6 hingga 7 Januari lalu daripada doktor sebuah klinik swasta di sini. Katanya, Maarof kemudian mendapat cuti sakit selama dua minggu iaitu dari 10 hingga 23 Januari lalu daripada doktor Klinik Kesihatan Bandar Putra di Segamat. Klinik k

100 ahli Pas keluar parti...keluar lagi

SIK 11 Jan. – Lebih 100 ahli Pas termasuk seorang ketua pemuda cawangan di Kampung Bandar Hilir dekat sini bertindak keluar daripada parti itu untuk menyertai UMNO kerana kecewa dengan Pas yang didakwa gagal membela nasib penduduk kampung tersebut. Wakil mereka, Rashidi Othman, 46, yang merupakan bekas Ketua Pemuda Pas cawangan itu berkata, dia dan rakan-rakannya membuat keputusan itu setelah memikirkan nasib penduduk di kawasan tersebut yang semakin jauh dari arus pembangunan. Malah katanya, lebih dikesalkan lagi janji manis pemimpin Pas yang ditabur sejak dahulu termasuk semasa pilihan raya lalu masih gagal ditunaikan. "Kami kecewa kerana janji Pas kepada penduduk masih belum ditunaikan walaupun sudah tiga tahun memerintah Kedah," katanya. Rashidi berkata demikian pada majlis penyerahan borang keahlian UMNO kepada Pengerusi Badan Perhubungan UMNO kedah, Datuk Ahmad Bashah Hanipah di hadapan rumahnya di Kampung Bandar Hilir dekat sini baru-baru ini. Turut hadir Ketua U