KARNIVAL SAYANGI SELANGOR BERMULA HARI INI
Karnival 'Sayangi Selangor' di bandar cahaya digital i-City, Seksyen 7,yang membuka tirainya hari ini dijangka menarik kira-kira 500,000 pengunjung dengan acara kemuncak pada ambang sambutan tahun baru 2012.Pada malam perasmian karnival oleh Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi jam 8.45 malam Khamis ini, pengunjung boleh mengikuti Forum Perdana Ehwal Islam dibarisi ahli panel termasuk Fathul Bari, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mashitah Ibrahim dan penceramah bebas, Datuk Dr Reduan Tee Abdullah.
Comments