BERCAKAP BERKOBAR KOBAR KEBEBASAN AKBAR TAPI HARAKAH LEBIH TERUK

Kisah Datuk Dr Hasan Ali balon sakan organ partinya sendiri,Harakah telah membuka satu lagi pekong yang selama ini terpendam.Ini satu cerita sudah lama menjadi bahan sok sek dikalangan pimpinan dan ahli parti
itu...sendiri.
kalau spiritual leader PAS nombor dua selepas Datuk Nik Aziz Nik Mat  'kena main' begitu apa lagilah
ikan bilis seperti Dr Hasan sendiri.Ini bukan orang lain cakap tetapi menurut Exco Kerajaan Negeri Selangor itu,aduan yang diterima beliau daripada pemimpin-pemimpin PAS dan orang ramai yang
melanggan akhbar itu mengatakan Harakah kini seperti memperjuangkan golongan pemimpin dan parti-parti tertentu.Datuk Seri Anwar Ibrahim.Sebabnya kita kena tanya siapa yang menguasai PAS
sekarang kalau bukan golongan Erdogan.Satu lagi bab ada yang bertanya melihat pada pendedahan
Dr Hasan tentang Harakah apakah ada jaminan PAS dan pembangkang amnya akan mengotakan kata-katanya mereka tentang 'kebebasan media' yang mereka dok jual di ceramah-ceramah jika dapat tawan Putrajaya.Lojik akal kata kalau orang yang cukup hebat bercakap tak lekang dengan
ayat Al-Quran dan Hadis boleh perlakukan sebegitu kepada pemimpin partinya sendiri -
                    Jawabnya sendiri mau Ingat.
Kebelakangan ini mereka selalu marah RTM dan media arus perdana langsung tidak bersikap adil
dalam laporan mengenai pembangkang.Soalnya mereka yang selalu mengikuti Harakah,
Roket atau Keadilan Daily pernah jumpa tidak sebutir ayat pun yang mereka pernah lapor baik tentang kerajaan.Tak payah lapor baiklah tetapi sekurang-kurangnya secebis analisa yang adil pun tidak ada.
Kalau mereka menuduh media yang pro kerajaan macam-macam, soalanya apa bezanya mereka.
Melihat pada sikap 'cakap tidak serupa bikin' dan stail mereka sekarang ini senang cakap jawabnya mengigaulah sesiapa yang dibuai mimpi akhbar atau media akan memberi laporan yang menepati 'kebebasan media' jika pembangkang berkuasa.Kalau media pembangkang bebas dan praktik kebebasan media
dalam ertikata sebenar,pernah tidak mereka ambil sebarang langkah ,misalnya nak membedah,menyiasat dan selongkar habis-habisan untuk mendapatkan kebenaran misalnya skandal video seks Anwar?
Belum apa-apa,tanpa toleh kiri kanan...itu sudah dicop fitnah.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana