500 ahli Pemuda PKR Hulu Kelang sertai UMNO

Punah sama sekali parti PKR ini apabila semakin ramai keluar parti lebih kira kira 500 ahli Angkatan Muda Keadilan (AMK) Hulu Kelang keluar parti dan menyertai UMNO ekoran kecewa dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang didakwa tidak menunaikan janjinya.
Mereka menyerahkan borang keanggotaan untuk menyertai UMNO kepada Ketua UMNO Bahagian Gombak, Abdul Rahim Kamarudin di sini, semalam.
Jurucakap kumpulan itu, Mohd Jefry Sallehuddin berkata, beliau dan rakannya keluar parti kerana tidak sanggup lagi ditipu oleh pimpinan pembangkang.
"Saya kenal (Ketua Umum PKR Datuk Seri) Anwar Ibrahim sejak 13 tahun... dua kali saya masuk ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri) dan 16 kali saya masuk penjara... tapi mulai 2 Oktober, saya bersama 500 anggota AMK nekad keluar parti untuk sertai UMNO,” katanya kepada pemberita selepas menyerahkan borang berkenaan.
Dalam pada itu, Abdul Rahim berharap lebih ramai anggota pembangkang menyertai UMNO kerana perjuangan pembangkang hanyalah sia-sia. - BERNAMA

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana