PM Berkata Tiada had umur asalkan calon boleh menang

Kepada yang berhormat tu yang merasakan tidak dapat bertanding tu,Janganlah berpaling tadah dan menyepikan diri pulak.Jangan wayanglah buat turun padang apabila PM dah memberi ingat kepada YB YB tu.Penduduk kawasan itu jugak yang tahu,siapa yang layak jadi YB tu.Dengan calon yang boleh,Insyallah BN akan mendapat kepercayaan kepada rakyat akan datang pada PRU 13 nanti.

Barisan Nasional (BN) tidak meletakkan had umur dan juga tanpa mengira berapa kali menjadi wakil rakyat bagi calonnya pada pilihan raya umum ke-13 asalkan calon berkenaan boleh menang, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.
Sambil mengakui pilihan raya umum akan datang sebagai sengit, Perdana Menteri berkata apa yang penting ialah individu berkenaan adalah calon terbaik untuk Barisan Nasional (BN).
"Calon boleh menang ini boleh merangkumi semua, tidak kira muda atau tua, tidak ada had umur, tidak ada had berapa kali menjadi wakil rakyat. Kesimpulannya, calon boleh menang.
"Tidak kira umur, tidak kira berapa kali jadi wakil rakyat, tidak kira jika orang kata kitar semula, yang penting sekali ialah calon boleh menang, sebab kita nak BN menang dengan cemerlang dalam pilihan raya umum nanti," katanya ketika menyampaikan amanat pada majlis bersama ahli Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak) di Seri Perdana di Putrajaya.

Comments

Mudah jeee , formula nak menang:
Pilihan Ahli UMNO + Dengar Suara Rakyat Setempat = Menang
sebaliknya:

Pilihan Pemimpin atas + Kroni + Ditolak Rakyat Setempat = Kalah

Jadi sebagai Presiden fikir-fikirkan lah kehendak Suara Ramai

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana