Anwar dan Kit Siang Kena Kantoi

Perbahasan untuk mansuhkan Proklamasi Darurat 1966,1969 dan 1977 di Dewan Rakyat pada Khamis menconteng arang di muka Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Lim Kit Siang apabila dua ahli parlimen Bebas ‘hentam cukup-cukup’ Ketua Pembangkang dan penasihat DAP itu.Puncanya, Lim yang juga ahli parlimen Ipoh Timor yang bangun membahaskan usul itu mempersoalkan kenapa kerajaan tunggu 34 tahun untuk mansuhkan proklamasi tersebut.
Ipoh Timor patut tanya Anwar Ibrahim. Sejak 1982 hingga dipecat, beliau ada 14 tahun dalam kerajaan. Beliau pegang jawatan Ketua Pemuda, Naib Presiden dan kemudian Timbalan Perdana Menteri,”.
“Anwar patut cadang ISA dimansuhkan, begitu juga dengan AUKU (Akta Universiti dan Kolej Universiti) serta undang-undang Darurat.
Ahli Parlimen Bebas Kulim Bandar Bharu, Datuk Zulkifli Noordin kemudian bangun mencelah dan mendakwa Kit Siang sengaja 'putar’ isu itu dan lupa sejarah mengapa undang-undang Darurat dikuatkuasakan.
Menurut beliau, kewujudkan undang-undang itu adalah kerana kebebasan bersuara  yang sudah di luar kawalan dan tindakan rasis yang melampau didalangi Ipoh Timor (merujuk Kit Siang) dan partinya pada masa itu.
” Antara tindakan itu, saya nak baca, biar rakyat dengar balik apa mereka kata pada 1969 membawa kepada peristiwa 13 Mei. Slogan yang dibawa masa itu adalah bermakna antaranya Mati Melayu..,” tegas Zulkifli.
 Katanya, kenyataan lain dikeluarkan adalah,” dalam perhimpunan dan perarakan yang d buat dan kenyataan yang mereka buat pada 11 Mei (1969) di Bukit Bintang... Apa polis boleh buat, Mati Melayu, Sakai Pergi Masuk Hutan, pada 11 Mei  Jalan Changkat Dollah,.. KL sekarang Cina Punya, pada  12 Mei, Jalan Ipoh, Jalan Tuanku Abdul Rahman...Melayu Balik Kampung, Melayu Sekarang Tiada Kuasa.
sekarang dah kena atas hidung sendiri akibat menjolok sarang tebuan.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana