Suasana pilu sambut ketibaan jenazah Noramfaizul

Dalam sejarah kewartawanan negara ini adalah kali pertama seorang wartawan kita terbunuh sewaktu bertugas di lapangan. Suasana sedih dan pilu menyelubungi sekitar  Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang bila pesawat C-130 TUDM tiba dari Mogadishu jam 10 pagi Ahad bersama jenazah Allahyarham jurukamera Bernama TV Noramfaizul Mohd Nor .
Ketibaan pesawat itu  bersama anggota Misi Kemanusiaan Kelab Putera 1 Malaysia disambut oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ,timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin,barisan menteri kabinet,rakan media dan kaum keluarga.



Sekitar 500 orang berada di lapangan terbang itu.
Allahyarham Noramfaizul maut akibat terkena tembakan curi semasa membuat liputan misi kemanusiaan di Mogadishu, Somalia petang Jumaat.
Jenazah Allahyarham yang diiringi Pengerusi Putera Umno merangkap ketua misi bantuan Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim, disambut anggota keluarga termasuk ayah Mohd Nor Mat Yassin, 66, dan ibu Naemah Abd Majid, 63 sejurus dikeluarkan dari pesawat berkenaan.


 Jurugambar dan jurukamera mewakili pelbagai organisasi media kelihatan berkerumun di bahagian belakang pesawat ketika keranda dilitupi "Jalur Gemilang" yang membawa jenazah Allahyarham dibawa keluar untuk dibawa untuk dimandikan dan disembahyangkan ke Masjid TUDM dekat situ
Dari situ jenazah Allahyarham dibawa ke rumahnya di Serdang Raya..
Jenazah Noramfaizul akan dikebumikan di tanah perkuburan UPM Serdang

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana