Isu pejuang merdeka: KJ sedia debat dengan PAS


Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin menyahut cabaran PAS untuk berdebat secara terbuka mengenai isu siapa yang layak digelar pejuang kemerdekaan negara.

Khairy yang juga Pengerusi Pemuda Barisan Nasional (BN) berkata, beliau sudah menerima jemputan yang dipanjangkan oleh kerajaan negeri Kelantan untuk berdebat dengan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu yang mencetuskan kontroversi berkenaan.
"Saya dah terima jemputan...untuk berdebat dengan Mat Sabu di Balai Islam Lundang Kota Bharu.
"Saya akan berada di sana," katanya menerusi mesej Twitter semalam dan berkata beliau tidak gentar walaupun terpaksa bertandang ke kubu kuat parti itu.

Khairy berkata, walaupun di gelanggang lawan, sama ada Mohamad Sabu atau Datuk Husam Musa (Naib Presiden PAS) beliau tetap akan hadir.

"Masa lawan Husam dulu tiga ribu penyokong PAS dok sorak. Its OK.

"Tak payah cari gelanggang neutral," katanya.
Semalam, Ketua Penerangan PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mengsyorkan debat PAS-UMNO berhubung kontroversi tragedi Bukit Kepong dan isu siapa pejuang kemerdekaan negara bagi membolehkan rakyat sendiri membuat penilaian.

Comments

Acilut60 said…
Tak payah lah KJ. Buat penat saja. Duduk di rumah baca Talqin dan Tahlil untuk PAS lagi bagus, dapat pahala.

Puak-puak PAS ini bila debat, mereka saja nak menang. mereka tidak berteraskan kepada tradisi keilmuan dan intelek. Malah banyak hukum-hukum telah mereka sendiri manipulasikan untuk memuaskan hati mereka (syok sendiri). Mereka akan sesuaikan dengan kehendak mereka.

Contohnya
1. Dulu berapi-rapi ingin menegakan negara Islam. Berbagai-bagai hujah di kemukakan. Sekarang mereka sendiri yang mengabaikannya
2. Dulu kafirkan Umno kerana bekerjasama dengan orang2 Kafir. Sekarang mereka yang berlebih-lebih.
3. Sekarang mereka telah mengendurkan ajaran Islam ketahap yang tidak lagi dapat di terima oleh orang Islam yang biasa...

.... hanyalah kerana meraih undi bukan Islam. Yang sebenarnya mereka tidak pernah dapat pun. Mereka telah tertipu dan menipu diri sendiri.

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana