Bukit Kepong: Mat Sabu nak berentap debat dengan Muhyiddin...Khairy juga hanya nak Timbalan Presiden PAS itu

Mohamad Sabu mahu Tan Sri Muhyiddin Yassin jadi lawannya untuk berdebat isu Bukit Kepong dan sejarah kemerdekaan.
Ini dakwa Timbalan Presiden PAS itu kerana Timbalan Perdana Menteri lebih sakan belasahnya kerana ceramahnya di Tasek Gelugor 21 Ogos lalu mengenai isu itu berbanding Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin.
"Yang suruh saya bertaubat, bertakwa timbalan presiden UMNO. Elok saya bertemu dengan dia," katanya di sidang akhbar di ibu pejabat PAS di Kuala Lumpur tengahari Selasa.
Katanya Muhyiddin menghentamnya dan suruh bertaubat dan bertakwa.


"Secara peribadi Khairy Jamaluddin tidak banyak mengecam saya,” tambahnya.
Mat Sabu juga beri alasan kerana kawasan Parlimen yang diwakili Timbalan Perdana Menteri yakni Pagoh terletak tidak jauh dari Bukit Kepong.
Sementara itu Khairy dalam Twitternya petang Selasa berkata beliau tetap mahu berdebat dengan Mat Sabu sahaja.
“Kali ini saya hanya mahu debat dgn Mat Sabu. Sebab dia punca kontroversi dan itu juga jemputan asal dari Kerajaan PAS Kelantan”katanya.
Katanya kini ada tiga tawaran untuknya berdebat yakni Mat Sabu sudah tolak kepada Pemuda PAS Johor manakala Pemuda PAS Pusat sudah hantar surat jemputnya debat dan dari Ahli Parlimen PAS Shah Alam Khalid Samad.Pemuda PAS telah menghantar surat jemputan berdebat dengan ketuanya,Nasrudin Tantawi di pejabat Pemuda UMNO Malaysia 2.30 petang Selasa.

“Sekadar memberi penjelasan & update ttg isu debat:
 1) Semua ini bermula bila saya dijemput oleh Kerajaan Kelantan untuk debat dgn Mat Sabu.
“So, saya tunggu Mat Sabu. Dia setuju atau tak setuju, saya tetap bersedia. Sekian mengenai isu debat buat masa ini,”kata Khairy.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana